Pendahuluan:-
Kita sering membaca di dada-dada akhbar tentang masalah gejala sosial semakin meningkat dari semasa ke semasa. Dalam konteks ini, kebanyakan kes ini telah mendatangkan kebimbangan banyak pihak antaranya ibu bapa khususnya. Sebagai contoh, masalah sosial seperti gejala melepak, lumba haram, buli dan sebagainya semakin hangat diperkatakan dari buah mulut masyarakat malah menjadi isu yang serius dipaparkan dalam akhbar kebelakangan ini. Oleh itu, memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa pelbagai faktor yang menyumbang kepada berlakunya masalah gejala sosial dalam kalangan remaja.
Isi: kurang mendapat didikan agama
Sebagaimana yang kita maklumi, punca yang menyebabkan berlakunya masalah gejala sosial dalam kalangan remaja ialah ibu bapa kurang memberi didikan agama dan moral kepada mereka. Hal ini menyebabkan mereka akan berasa terlalu bebas untuk melakukan pelbagai perkara. Sebagai contohnya, ibu bapa membenarkan mereka keluar rumah hingga lewat malam tanpa menghiraukannya. Oleh itu, perkara ini telah menyebabkan remaja kehilangan pegangan dalam kehidupan dan bertindak sesuka hati. Jelaslah,ibu bapa seharusnya memberikan didikan agama dan moral kepada mereka sejak kecil lagi bak kata pepatah ‘melentur buluh ,biarlah dari rebungnya’.
Isi: tidak memberikan kasih sayang sepenuhnya
Selain itu, faktor ibu bapa tidak memberikan kasih sayang yang sepenuhnya kepada anak-anak merupakan penyebab berlakunya gejala sosial dalam kalangan remaja. Hal ini berpunca daripada ,ibu bapa terlalu menyerahkan tanggungjawab mendidik dan mengasuh anak-anak mereka kepada pembantu rumah atau pengasuh mereka dan sibuk bekerja ibarat kera di hutan disususkan, anak di rumah mati kelaparan. Sebagai contoh perkara ini berlaku, ibu bapa bekerja hingga lewat malam dan bekerja keras sehingga tidak menghiraukan anak-anak mereka di rumah. Jelaslah, sikap ibu bapa yang bagai enau dalam belukar yang melepaskan pucuk masing masing harus dibuang supaya anak-anak dapat merasakan kasih sayang yang secukupnya bagai menatang minyak yang penuh.
Isi: pengaruh dengan rakan sebaya
Faktor pengaruh rakan sebaya juga menyebabkan berlakunya gejala sosial dalam kalangan remaja. Gejala ini berlaku kerana remaja mudah terpengaruh dengan rakan mereka sehingga boleh menyebabkan masa depan mereka terjejas. Sebagai contohnya, mereka mudah terpengaruh dengan rakan seperti merokok, merempit, vandalisme, dan ponteng sekolah. Tuntasnya, akhlak yang buruk akan merosakkan diri seseorang remaja seperti cuka merosakkan madu.
Isi: pengaruh media massa
Di samping itu, faktor media massa juga menjadi penyumbang kepada gelaja sosial dalam kalangan remaja. Hal ni tercetus apabila mereka banyak melihat perkara-perkara negatif melalui filem-filem dan iklan dalam media sosial. Sebagai misalannya, pelajar banyak menonton watak-watak ganas dalam filem seperti filem KL Gengster dan mereka terpengaruh dengan watak tersebut sehingga tidak sedar mereka telah terjerumus dalam gejala sosial. Sebagai misalannya,ibu bapa seharusnya mengawasi anak-anak mereka supaya mereka tidak terjebak dengan melakukan perkara yang tidak diingini.
Penutup:-
Imtihanya, kekurangan pengawasan dan sikap tidak prihatin ibu bapa terhadap aktiviti dan pelakuan anak-anak mereka menjadi penyebab utama gejala ini kian merebak. Tiada ubat yang tiada penawarnya, maka langkah-langkah yang sistematik harus diambil bagi membendung masalah ini daripada terus menjadi barah dalam masyarakat. Oleh itu, diharapkan semua pihak berganding bahu dalam meyelesaikan isu gejala sosial dalam kalangan remaja ini.