Assalamualaikum,
Bersyukur kehadrat ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat juga saya menyiapkan tugasan yang telah saya usahakan selama ini. Tajuk tugasan saya ialah Penulisan Karangan Fakta.
Pertama sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih dan penghargaan yang tidak terhingga kepada Pensyarah Aplikasi Komputer dalam Bahasa Melayu (BMP3093) iaitu Dr. Nur Farahkhanna binti Mohd Rusli kerana beliau banyak memberi tunjuk ajar kepada saya semasa ingin menyiapkan tugasan ini. Selain itu, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan yang banyak memberi maklumat tentang cara menghasilkan blog ini.
Akhir sekali, penghargaan juga ditujukan kepada pihak-pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung ketika saya menyiapkan tugasan ini. Sekian, terima kasih.