Kesimpulannya, sesebuah karangan boleh dianggap sebagai diri penulisnya. Tanggapan dibuat demikian kerana unsur-unsur yang membina karangan iaitu perkataan, frasa, klausa dan ayat, idea atau isi serta pengetahuan atau pengalaman yang berpunca sepenuhnya daripada penulisnya. Sekiranya penulis tidak menguasai semua unsur tersebut, sesebuah karangan tidak akan sempurna. Sesebuah karangan juga seperti manusia yan mempunyai bahagian kepala, bahagian tengah dah anggota bawahnya untuk menjadi manusia yang lengkap fizikalnya. Hal ini demikian kerana, dalam setiap karangan perlu mempunyai bahagian pendahuluan, isi dan penutup.