Contoh Penulisan Bahasa bagi Karangan Fakta tentang faktor/punca
Perenggan Pendahuluan :
Ayat 1 -Kita sering membaca di dada-dada akhbar tentang …….(tema karangan)…….
Ayat 2 – Dalam konteks ini, ……… (huraian tema karangan)………
Ayat 3 – Sebagai contoh, ….(tema karangan)……
Ayat 4 - Oleh itu,memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa terdapat pelbagai faktor yang menyumbang kepada berlakunya…….(kehendak soalan)….
Contoh Perenggan Pendahuluan: Kita sering membaca di dada-dada akhbar tentang masalah gejala sosial semakin meningkat dari semasa ke semasa. Dalam konteks ini, kebanyakan kes ini telah mendatangkan kebimbangan banyak pihak antaranya ibu bapa khususnya. Sebagai contoh, masalah sosial seperti gejala melepak, lumba haram, buli dan sebagainya semakin hangat diperkatakan dari buah mulut masyarakat malah menjadi isu yang serius dipaparkan dalam akhbar kebelakangan ini. Oleh itu, memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa pelbagai faktor yang menyumbang kepada berlakunya masalah gejala sosial dalam kalangan remaja. |
Perenggan Isi pertama :
Ayat 1 - Sebagaimana yang kita maklumi, punca yang menyebabkan berlakunya ….. (kehendak soalan)…. ialah ….(isi 1)……
Ayat 2 – Hal ini menyebabkan …..( huraian isi 1)…….
Ayat 3 – Sebagai contoh, …
Ayat4 - Oleh itu,...
Contoh perenggan isi pertama: Sebagaimana yang kita maklumi, punca yang menyebabkan berlakunya masalah gejala sosial dalam kalangan remaja ialah ibu bapa kurang memberi didikan agama dan moral kepada mereka. Hal ini menyebabkan mereka akan berasa terlalu bebas untuk melakukan pelbagai perkara. Sebagai contohnya, ibu bapa membenarkan mereka keluar rumah hingga lewat malam tanpa menghiraukannya. Oleh itu, perkara ini telah menyebabkan remaja kehilangan pegangan dalam kehidupan dan bertindak sesuka hati. Jelaslah,ibu bapa seharusnya memberikan didikan agama dan moral kepada mereka sejak kecil lagi bak kata pepatah ‘melentur buluh ,biarlah dari rebungnya’. |
Perenggan Isi kedua:
Ayat 1 -Selain itu, faktor ….(isi 2)…… merupakan penyebab berlakunya gejala …(kehendak soalan)…….
Ayat 2 -Hal ini berpunca daripada …..( huraian isi 2)…….
Ayat 3 – Sebagai contoh perkara ini berlaku,……
Ayat4 - Jelaslah,...
Contoh perenggan isi kedua: Selain itu, faktor ibu bapa tidak memberikan kasih sayang yang sepenuhnya kepada anak-anak merupakan penyebab berlakunya gejala sosial dalam kalangan remaja. Hal ini berpunca daripada, ibu bapa terlalu menyerahkan tanggungjawab mendidik dan mengasuh anak-anak mereka kepada pembantu rumah atau pengasuh mereka dan sibuk bekerja ibarat kera di hutan disususkan, anak di rumah mati kelaparan. Sebagai contoh perkara ini berlaku, ibu bapa bekerja hingga lewat malam dan bekerja keras sehingga tidak menghiraukan anak-anak mereka di rumah. Jelaslah, sikap ibu bapa yang bagai enau dalam belukar yang melepaskan pucuk masing masing harus dibuang supaya anak-anak dapat merasakan kasih sayang yang secukupnya bagai menatang minyak yang penuh. |
Perenggan Isi ketiga:
Ayat 1 - Faktor ….(isi 3)……juga menyebabkan berlakunya …(kehendak soalan)…….
Ayat 2 – Perkara ini / Gejala ini berlaku kerana …..( huraian isi 3)…….
Ayat 3 - Sebagai contohnya.....
Ayat4 - Tuntasnya,……
Contoh perenggan isi ketiga: Faktor pengaruh rakan sebaya juga menyebabkan berlakunya gejala sosial dalam kalangan remaja. Perkara ini berlaku kerana remaja mudah terpengaruh dengan rakan mereka sehingga boleh menyebabkan masa depan mereka terjejas. Sebagai contohnya, mereka mudah terpengaruh dengan rakan seperti merokok,merempit, vandalisme,dan ponteng sekolah. Tuntasnya, akhlak yang buruk akan merosakkan diri seseorang remaja seperti cuka merosakkan madu. |
Isi keempat :
Ayat 1 - Di samping itu, faktor….(isi 4)……juga menjadi pemyumbang kepada…(kehendak soalan)…….
Ayat 2 – Hal ini tercetus apabila …..(huraian isi 4)…….
Ayat 3 – Sebagai misalannya,……
Ayat 4 - Jelaslah, ....
Contoh perenggan isi keempat: Di samping itu, faktor media massa juga menjadi penyumbang kepada gelaja sosial dalam kalangan remaja. Hal ni tercetus apabila mereka banyak melihat perkara-perkara negatif melalui filem-filem dan iklan dalam media sosial. Sebagai misalannya, pelajar banyak menonton watak-watak ganas dalam filem seperti filem KL Gengster dan mereka terpengaruh dengan watak tersebut sehingga tidak sedar mereka telah terjerumus dalam gejala sosial. Jelaslah, ibu bapa seharusnya mengawasi anak-anak mereka supaya mereka tidak terjebak dengan melakukan perkara yang tidak diingini. |
Perenggan Penutup
Ayat 1 - Intihanya, …(tema karangan) …..
Ayat 2 – Tiada ubat yang tiada penawarnya, maka langkah-langkah yang sistematik harus diambil bagi membendung …. (tema karangan) …. daripada terus menjadi barah dalam masyarakat.
Ayat 3 – Oleh itu diharapkan semua pihak berganding bahu dalam menyelesaikan isu …(tema karangan)….
Contoh perenggan penutup: Imtihanya, kekurangan pengawasan dan sikap tidak prihatin ibu bapa terhadap aktiviti dan pelakuan anak-anak mereka menjadi penyebab utama gejala ini kian merebak. Tiada ubat yang tiada penawarnya, maka langkah-langkah yang sistematik harus diambil bagi membendung masalah ini daripada terus menjadi barah dalam masyarakat. Oleh itu, diharapkan semua pihak berganding bahu dalam meyelesaikan isu gejala sosial dalam kalangan remaja ini. |
MAKLUMAT TAMBAHAN TENTANG PENGGUNAAN PENANDA WACANA
Penanda wacana ialah perkataan ataupun rangkaian perkataan yang berfungsi mempertalikan sesuatu idea, hujah, dan pandangan seseorang semasa menulis ataupun berucap. Seandainya sesuatu wacana berkenaan tidak mempunyai penanda wacana yang tepat, ia akan menyebabkan seluruh kandungan wacana berkenaan tidak mempunyai kesatuan dan perpautan yang lengkap.
Penanda wacana untuk memulakan karangan | - Pada era globalisasi ini - Dalam meniti arus kemodenan - Kebelakangan ini - Akhir-akhir ini - Sejak zaman-berzaman |
Penanda wacana untuk menunujukkan turutan | - Antara - Selain itu - Di samping itu - Seterusnya - Akhir sekali |
Penanda wacana untuk menghuraikan karangan | - Hal ini dikatakan demikian kerana - Hal ini disebabkan oleh - Hal ini berpunca daripada - Hal ini wujud akibat daripada - Hal ini tercetus apabila |
Penanda wacana untuk memberi contoh | - Misalnya - Contohnya - Tamsilnya - Antara contoh - Sebagai contoh - Satu cara |
Penanda wacana untuk menutup isi | - Kesannya - Natijahnya - Akibatnya - Kesudahannya - Dengan berbuat demikian |
Penanda wacana untuk menulis dua huraian dalam satu ayat | - juga - malah - tambahan pula - di samping - bahkan - malahan |
Penanda wacana untuk memulakan perenggan penutup | - Kesimpulannya - Intihanya - Tuntasnya - Secara tuntas - Konklusinya - Secara keseluruhan - Akhir kata |
Penanda wacana untuk menerangkan huraian atau pendapat berbeza | - Walau bagaimanapun - Namun demikian - Meskipun - Di sebalik itu - Dalam pada itu - Jika dilihat dari sudut lain |
Penanda wacana untuk memasukkan ungkapan menarik | - ...bak peribahasa - ...bak pepatah Melayu - ...bak kata cendekiawan - ...persis kata mutiara - ...persis kata orang tua-tua |
Penanda wacana untuk menghuraikan contoh | - Hal ini mengakibatkan - Hal ini menyebabkan - Jelaslah bahawa - Maka - Oleh sebab itu - Justifikasinya |