19 May
19May
  • Dari segi isi, murid dikehendaki menulis satu isi untuk satu perenggan. Walau bagaimanapun, murid boleh mengemukakan isi-isi sampingan untuk memperkuat hujah atau huraian.
  • Secara keseluruhan, perenggan isi hendaklah sekurang-kurangnya mengandung empat ayat  hingga enam ayat dalam setiap perenggan seperti yang dinyatakan di bawah ini:
  1.  ayat judul            
  2.  ayat huraian                   
  3.  ayat bukti/contoh       
  4.  ayat penegas


Jenis AyatHuraian
Contoh Ayat
Ayat Judul
1. Ayat yang mengandung kata kunci jawapan yang menjawab pokok persoalan karangan.
2. Ayat judul ini boleh diletakkan di bahagian awal, di tengah, atau di hujung sesuatu perenggan.


Sebagaimana yang kita maklumi, punca yang menyebabkan berlakunya masalah gejala sosial dalam kalangan remaja ialah ibu bapa kurang memberi didikan agama dan moral kepada mereka.

Ayat Huraian
1. Ayat huraian pula huraian lanjut tentang isi utama yang dikemukan yang bertujuan untuk memberikan penjelasan tentang perkara yang diperkatakan atau menyokong isi-isi utama.
2. Karangan yang baik akan mengemukakan beberapa ayat huraian.

Hal ini menyebabkan mereka akan berasa terlalu bebas untuk melakukan pelbagai perkara.
Ayat Contoh/Bukti
1. Ayat bukti atau ayat contoh pula ialah ayat-ayat yang mengandung bukti atau contoh yang
berkaitan dengan isi yang diperkatakan yang bertujuan untuk memperkuat hujah.
2. Bukti dan contoh yang dikemukakan mestilah bukti yang sahih dan bukan bukti atau contoh yang sengaja diada-adakan.

Sebagai contohnya, ibu bapa membenarkan mereka keluar rumah hingga lewat malam tanpa menghiraukannya.
Ayat Penegas
1. Ayat penegas ialah ayat yang memberikan penegasan terhadap isi dan huraian.
2. Ayat ini biasanya mempunyai penanda wacana seperti “ Tegasnya”, “Oleh itu”, dan
“Sehubungan dengan itu”.


Oleh itu, perkara ini telah menyebabkan remaja kehilangan pegangan dalam kehidupan dan bertindak sesuka hati. Jelaslah,ibu bapa seharusnya memberikan didikan agama dan moral kepada mereka sejak kecil lagi bak kata pepatah ‘melentur buluh ,biarlah dari rebungnya’.
Komen
* E-mel tidak akan diterbitkan di laman web.
I BUILT MY SITE FOR FREE USING